Tuesday 14 August 2012

Bidang IT takda masa depan


"Eh, apsal masuk bidang IT ? Takda masa depan la wei. Please la !"

"Kau tak tau ker berapa banyak graduan IT yang menganggur ? Buatnyer nanti ngan kau-kau sekali menganggur tau." 

"Eh, IT ? Kawan aku ambik IT sampai sekarang tak kerja-kerja lagi tau."

Itulah di antara kata-kata yang saya terima bila saja saya terima tawaran Universiti dengan kos pengajian IT. Mula-mula pun agak terganggu sikit la dengan kata-kata orang ni. "Saiko" sangat. Dah tu, daripada aku dok kat umah terkontang-kanting tak dapat masuk Universiti lebih baik aku terima jer. Mungkin ni la takdir.

Pas tuh ada gak terfikir, dalam bidang ni aku nak jadi apa nanti ? Al-maklumlah dulu cetek sangat pengetahuan dalam bidang IT ni, sampaikan nak buka tutup laptop pun tak tau, takut macam la laptop tu nak meletup kot-kot la kan salah tekan itu ini. 

Tapi memang betul la, dulu, takut sangat nak kacau laptop orang. Takut rosak la kan. Nak ganti mahal. Memang jarang la nak main-main laptop. Budak kampung macam ni la. Ada pun guna pc kat sekolah dulu. Kot ialah jadi Pengawas Pusat Akses yang tak bertauliah, haha..boleh plak. Dah takda calon lain la kot. keh3...

Jadinya bila dapat tawaran ni, tekejut sangat. Iyelah, dah benda kita tak familiar. Pas tu memang naif sangat la pasal IT-IT ni. Daripada bidang sains biologi tukar ke bidang IT. Terpaksa la, nak jadi doktor konon. Sekali tak layak dah ! CGPA tak cukup u'ols. Hampa, kecewa tau. 

Dengan keyakinan, yang saya ada masa depan dalam bidang ni, saya gagah kan diri untuk masuk ke medan "perjuangan". Untuk nak memotivasikan diri, saya cuba dengar daripada senior segala kebaikan yang ada dalam bidang ni. Pas tu try google-google and tanya lecturer boleh keja apa lepas habis study. Amboi, baru masuk blaja ni, dah tanya keja apa, haha. 

Selepas sekian lama, minat tu mula tumbuh. Tetiba rasa hebat lak, keh3...Yang geram nya bila orang tanya "Awak ambik kos apa ? " Bila saya jawab IT, orang cakap macam ni, " Owh, nanti lepas habis blaja nak buka @ keja cyber cafe la kan ?" Ouh please ! Macam la saya suka sangat nak menggalakkan budak-budak buang masa melepak kat CC tu. Anyway, FYI bidang IT tu sangat luas okay. Nak buka CC tu sapa-sapa pun boleh buka even tak blaja IT. And yang jaga CC tu budak darjah 6 pun boleh. Tak yah blaja tinggi-tinggi. Perabis duit jer.

And now, i proved everyone yang pernah cakap bidang ni kebanyakan menganggur dan tak bekerja serta tak ada masa depan adalah salah semata-mata ! I already asked some of my friends dan rata-rata semua dah   dapat kerja including me. Kami menganggur tak sampai dua bulan pun,  dan even kitorang tak konvo lagi wei !  Alhamdulillah :)

Dan untuk pengetahuan anda kerja dalam bidang IT, salary quite high u know. Tak percaya ea ? Please lihat bawah ni. This statistic saya ambil daripada jobstreet. 



What say u ? Even biologi pun kalah, hee. Apa yang penting sekarang bukan lah kos yang di ambil, tetapi adalah usaha dan keyakinan diri. Usaha, usaha dan usaha. Tawakal dan doa sekali ea :) 

Bak kata orang, "Rezeki ada di mana-mana." Nasib kita terletak di tangan tuhan. Sesiapa pun tak berhak nak kata sesuatu tu tak bagus. So, sesiapa yang refuse dan masih teragak-agak untuk ambil bidang ni, think twice okay ;) 





Friday 10 August 2012

Waktu paling best masa sakit



Tak sah kalau orang lain sakit kita tengok je. Memang tak. 

Well, biasanya macam tu la. Bila dengar sorang tu dah sakit, tandanya AMARAN. Kalau dengar lagi sorang jatuh sakit, dah BAHAYA tu. Dan lagi lagi ada yang sakit, itu memang BAHAYA. Bila dah lebih 3-4 orang sakit tu, hah, kena ready-ready la join sekali.  

Itulah, mungkin antibody lemah sikit. Bila dah kejap hujan kejap panas tu mudah sangat la nak jatuh sakit. Ape lagi cuaca yang tak menentu ni ditambah lagi jerebu la, itu la ini la. Haihhh..kan dan mengeluh (ish, tak elok) 

Walaubagaimanapun, pasrah je la. Tapi dalam pasrah-pasrah tu dalam hati macam tak pasrah-pasrah juga :P

Anyway, dah beberapa hari rasa tak seberapa nak sihat. Yang tak bestnya nak menelan punya lah sakit. Mula-mula 'dia' datang tu i thought "Hell yeah, tomorrow I'm gonna get a fever, sore throat and probably flu! Let's see what happen tomorrow. " 

And what happened actually is not what I was expected. I mean really, biasanya saya akan demam atau flu dulu buat seketika. Kemudian sakit tekak, batuk-batuk. Well, biasanya memang dapat la 1 package 3 in 1  ni sekali gus. 

Now is different. 

Bangun-bangun tidur je badan tak la panas sangat. Tapi tekak ni haa...sakit sangat-sangat masa nak menelan. Well i guess this is what people called as "Tonsillitis" iaitu radang tonsil yang biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus. Dan di antara gejala yang berlaku termasuk lah sakit tekak dan demam. Dan disebabkan saya ni tak suka pegi jumpa doktor di kala sedang sakit, so, saya tak sure it is a "Tonsillitis" or not. I'm just guessed it was.

Selain daripada sakit tekak masa nak menelan tu, ada juga symptom lain macam sakit telinga dan rasa panas kat bahagian kerongkong. Macam ni sakit kalo lama-lama memang kurus la. Sebab tak leh nak menelan sangat.

Dan kebiasaannya kalo sakit doktor bagi paracetamol kan atau selalu kita panggil panadol. Dan kebiasaannya juga saya tak makan ubat tu sebab kalo boleh tak nak badan simpan banyak sangat 'drug'. Jadi, selalu biar je sakit tu sembuh sendiri. Tapi kali ni sebab tak tahan and nak cepat sembuh makan la juga 2 biji paracetamol 500 mg ni masa bersahur. Harapan boleh sembuh dengan secepat yang mungkin.

Malangnya, tak sembuh-sembuh juga. Semakin bertambah adalah ! Jadinya, cuba la alternatif lain nak bagi sembuh. Oleh itu, saya pun suruh la mak buatkan air asam jawa. Dan dengan pantas meneguknya dengan harapan berkurang la kesakitan itu. 

Malam tu, sebelum tidur rasa macam nak cabut je tekak ni bagi kat orang lain. Kejam demi keselesaan masa nak beradu, kikiki. Apa-apa pun waktu paling best masa tengah sakit ni adalah waktu tengah tidur mati. Uh, memang ummph giler. Segala kesakitan memang hilang tidak dapat dikesan langsung !



Thursday 9 August 2012

Blog baru



Dalam pada umur meningkat dewasa ni, fikiran pun matang la sikit kan (konon).

So, bila tengok balik entri-entri lama tuh rasa macam childish sangat la pula. Semua benda nak citer. Kemain semangat tuh. Tapi memang cenggitu la. Masa dok tulis tu rasa macam okay jer. Perfect lagi. Baca ulang-ulang. Takut salah masuk something la kan. Nak post ni bagi orang lain baca...

Sama la juga macam Facebook. Huh, dulu zaman mula-mula buat facebook, update status kemain panjang. Tulisan campur huruf besar huruf kecil, baru nampak stylo.  Sekarang bila baca balik (timeline merealisasikan segalanya), erkkk ! Aku ker yang tulis nih ? -_- 

Okay, fine. 

Oleh itu, gatal lah tangan saya untuk membuang segala entri yang lama ituh. Now, this is my first entri buat blog baru saya yang masih mengekalkan blog address nyer (oleh sebab ketandusan idea).

Baiklah, setelah terdetik buat kedua kalinya untuk kembali berblog meskipun berblog cikai-cikai je sebelum ni, hihihi...Hangat-hangat tahi ayam. Oopps. Harap-harapnyer kekal la ea lama sikit. Bak kata orang, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan".