Friday 10 August 2012

Waktu paling best masa sakit



Tak sah kalau orang lain sakit kita tengok je. Memang tak. 

Well, biasanya macam tu la. Bila dengar sorang tu dah sakit, tandanya AMARAN. Kalau dengar lagi sorang jatuh sakit, dah BAHAYA tu. Dan lagi lagi ada yang sakit, itu memang BAHAYA. Bila dah lebih 3-4 orang sakit tu, hah, kena ready-ready la join sekali.  

Itulah, mungkin antibody lemah sikit. Bila dah kejap hujan kejap panas tu mudah sangat la nak jatuh sakit. Ape lagi cuaca yang tak menentu ni ditambah lagi jerebu la, itu la ini la. Haihhh..kan dan mengeluh (ish, tak elok) 

Walaubagaimanapun, pasrah je la. Tapi dalam pasrah-pasrah tu dalam hati macam tak pasrah-pasrah juga :P

Anyway, dah beberapa hari rasa tak seberapa nak sihat. Yang tak bestnya nak menelan punya lah sakit. Mula-mula 'dia' datang tu i thought "Hell yeah, tomorrow I'm gonna get a fever, sore throat and probably flu! Let's see what happen tomorrow. " 

And what happened actually is not what I was expected. I mean really, biasanya saya akan demam atau flu dulu buat seketika. Kemudian sakit tekak, batuk-batuk. Well, biasanya memang dapat la 1 package 3 in 1  ni sekali gus. 

Now is different. 

Bangun-bangun tidur je badan tak la panas sangat. Tapi tekak ni haa...sakit sangat-sangat masa nak menelan. Well i guess this is what people called as "Tonsillitis" iaitu radang tonsil yang biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus. Dan di antara gejala yang berlaku termasuk lah sakit tekak dan demam. Dan disebabkan saya ni tak suka pegi jumpa doktor di kala sedang sakit, so, saya tak sure it is a "Tonsillitis" or not. I'm just guessed it was.

Selain daripada sakit tekak masa nak menelan tu, ada juga symptom lain macam sakit telinga dan rasa panas kat bahagian kerongkong. Macam ni sakit kalo lama-lama memang kurus la. Sebab tak leh nak menelan sangat.

Dan kebiasaannya kalo sakit doktor bagi paracetamol kan atau selalu kita panggil panadol. Dan kebiasaannya juga saya tak makan ubat tu sebab kalo boleh tak nak badan simpan banyak sangat 'drug'. Jadi, selalu biar je sakit tu sembuh sendiri. Tapi kali ni sebab tak tahan and nak cepat sembuh makan la juga 2 biji paracetamol 500 mg ni masa bersahur. Harapan boleh sembuh dengan secepat yang mungkin.

Malangnya, tak sembuh-sembuh juga. Semakin bertambah adalah ! Jadinya, cuba la alternatif lain nak bagi sembuh. Oleh itu, saya pun suruh la mak buatkan air asam jawa. Dan dengan pantas meneguknya dengan harapan berkurang la kesakitan itu. 

Malam tu, sebelum tidur rasa macam nak cabut je tekak ni bagi kat orang lain. Kejam demi keselesaan masa nak beradu, kikiki. Apa-apa pun waktu paling best masa tengah sakit ni adalah waktu tengah tidur mati. Uh, memang ummph giler. Segala kesakitan memang hilang tidak dapat dikesan langsung !



No comments:

Post a Comment