Tuesday 14 August 2012

Bidang IT takda masa depan


"Eh, apsal masuk bidang IT ? Takda masa depan la wei. Please la !"

"Kau tak tau ker berapa banyak graduan IT yang menganggur ? Buatnyer nanti ngan kau-kau sekali menganggur tau." 

"Eh, IT ? Kawan aku ambik IT sampai sekarang tak kerja-kerja lagi tau."

Itulah di antara kata-kata yang saya terima bila saja saya terima tawaran Universiti dengan kos pengajian IT. Mula-mula pun agak terganggu sikit la dengan kata-kata orang ni. "Saiko" sangat. Dah tu, daripada aku dok kat umah terkontang-kanting tak dapat masuk Universiti lebih baik aku terima jer. Mungkin ni la takdir.

Pas tuh ada gak terfikir, dalam bidang ni aku nak jadi apa nanti ? Al-maklumlah dulu cetek sangat pengetahuan dalam bidang IT ni, sampaikan nak buka tutup laptop pun tak tau, takut macam la laptop tu nak meletup kot-kot la kan salah tekan itu ini. 

Tapi memang betul la, dulu, takut sangat nak kacau laptop orang. Takut rosak la kan. Nak ganti mahal. Memang jarang la nak main-main laptop. Budak kampung macam ni la. Ada pun guna pc kat sekolah dulu. Kot ialah jadi Pengawas Pusat Akses yang tak bertauliah, haha..boleh plak. Dah takda calon lain la kot. keh3...

Jadinya bila dapat tawaran ni, tekejut sangat. Iyelah, dah benda kita tak familiar. Pas tu memang naif sangat la pasal IT-IT ni. Daripada bidang sains biologi tukar ke bidang IT. Terpaksa la, nak jadi doktor konon. Sekali tak layak dah ! CGPA tak cukup u'ols. Hampa, kecewa tau. 

Dengan keyakinan, yang saya ada masa depan dalam bidang ni, saya gagah kan diri untuk masuk ke medan "perjuangan". Untuk nak memotivasikan diri, saya cuba dengar daripada senior segala kebaikan yang ada dalam bidang ni. Pas tu try google-google and tanya lecturer boleh keja apa lepas habis study. Amboi, baru masuk blaja ni, dah tanya keja apa, haha. 

Selepas sekian lama, minat tu mula tumbuh. Tetiba rasa hebat lak, keh3...Yang geram nya bila orang tanya "Awak ambik kos apa ? " Bila saya jawab IT, orang cakap macam ni, " Owh, nanti lepas habis blaja nak buka @ keja cyber cafe la kan ?" Ouh please ! Macam la saya suka sangat nak menggalakkan budak-budak buang masa melepak kat CC tu. Anyway, FYI bidang IT tu sangat luas okay. Nak buka CC tu sapa-sapa pun boleh buka even tak blaja IT. And yang jaga CC tu budak darjah 6 pun boleh. Tak yah blaja tinggi-tinggi. Perabis duit jer.

And now, i proved everyone yang pernah cakap bidang ni kebanyakan menganggur dan tak bekerja serta tak ada masa depan adalah salah semata-mata ! I already asked some of my friends dan rata-rata semua dah   dapat kerja including me. Kami menganggur tak sampai dua bulan pun,  dan even kitorang tak konvo lagi wei !  Alhamdulillah :)

Dan untuk pengetahuan anda kerja dalam bidang IT, salary quite high u know. Tak percaya ea ? Please lihat bawah ni. This statistic saya ambil daripada jobstreet. 



What say u ? Even biologi pun kalah, hee. Apa yang penting sekarang bukan lah kos yang di ambil, tetapi adalah usaha dan keyakinan diri. Usaha, usaha dan usaha. Tawakal dan doa sekali ea :) 

Bak kata orang, "Rezeki ada di mana-mana." Nasib kita terletak di tangan tuhan. Sesiapa pun tak berhak nak kata sesuatu tu tak bagus. So, sesiapa yang refuse dan masih teragak-agak untuk ambil bidang ni, think twice okay ;) 





8 comments:

  1. Semuanya bergantung kpd rezeki masing2..kalau ikut susah senang,rasenya semua kos ada susah senang masing2..ye tak?

    slm perkenalan.Salam Aidilfitri.Jumpa kt SB td. ;)

    ReplyDelete
  2. Hahaha yep..I agree with u baya..I also got my 1st job before I even finish the studies..Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. skarang zaman ledakan IT... mana mungkin xda future. klu dulu yelah, sbb jalur lebar blm mluas lagi.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Banyak peluang bidang IT ini. Nak buka syarikat sendiri pun boleh apa ...

      Delete
  5. Sekarang awak masih dlm IT field?

    ReplyDelete
  6. Saya pun ada masalah mcm ni sist.. sy sedang ambil bidang ni... malangnya terlalu byk dugaan buah mulut pasal benda ni.. sekarang dah nak abis dah saya makin stress.. tgok cgpa walaupun sgt okey.. still fikiran melayang kekeliruan.. otokei!!!

    ReplyDelete
  7. Jgn xtau bidang it leh kerja Kat rumah.. X perlu modal pun.. Hanya perlu Ada computer.. Bayaran ribu ribuan..

    ReplyDelete